Monday 31 December 2012

Perginya Seorang Bidadari


Yasmin J Hunwick

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir 

Siapa yang tidak kenal Arwah Yasmin J Hunwick...Begitu ramai yang sayang terhadap arwah...peninggalan arwah meningalkan kesan terhadap kita yang bahawa hidup di dunia hanya sementara...

Arwah meninggal pada 3 Jun 2012 pada pukul 11.50 malam .Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya dan dua orang rakan nya...Hati aku merasakan sayu apabila membaca tentang arwah...aku berasa terkilan kerana tidak dapat mengenal arwah semasa hayatnya...

Berikut merupakan ulasan dari akhbar berita harian tentang kemalangan arwah :

Tiga Pelajar SMK Mahsuri Maut
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin. 

Yasmin Johari, 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka. 


Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam. 

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun. 

“Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat,” katanya. 

Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.
Keratan akhbar :
Kata-kata ayah arwah Yasmin J Hunwick dari blog sedara Aqilah :
Salam Sejahtera Aqilah dan para pembaca blog ini,

Saya Johan E Abdullah @ Johan Peter Hunwick (ayah kepada Arwah Yasmin Johan). Saya amat berterima kasih and so touched atas usaha Saudari membuat komen terhadap arwah anak saya. Saya juga amat bersyukur kepada illahi dan jutaan terima kasih atas doa semua muslimin & muslimat kpd arwah anak saya....only Allah s.w.t. balas kebaikan saudara saudari sekelian 

Mengalir air mata saya menulis komen ini. Nothing more sad for a father then bathing, assist in "kafan", solat jemmaah, usung jenazah cintaku, holding my beloved daughter with my two bare hands and placing her in liang lahad and finally listening to the Talqin.....the list goes on...but i am extremely grateful to Allah that the funeral went on very smoothly as any father could ask for and that i was actively involved.... Alhamdulillah diberi kekuatan olehNya. (ayat ini sangat bermakna bagi aku ..dan tulus ikhlas dari lubuk hati uncle johan)
In Allah we trust and we must redha atas ketentuanNya. As a muslim we must submit in totality to Allah and without any doubt that Allah lebih mengetahui atas segalanya. 

My selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w and i will always berdoa you my anak manja - Yasmin Johan. 

Gambar Arwah :

No comments:

Post a Comment